SUKANBERITA SEMASA

Pearly Tan-M Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Indonesia

JAKARTA – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya melepasi rintangan Apriyani Rahayu – Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Mereka mencatatkan kemenangan straight set yang membanggakan dengan skor 21-18, 21-19.

Pasangan negara ini mengetepikan kegugupan awal untuk mendahului set pertama, walaupun wakil tuan rumah mengutip enam mata berturut-turut sehingga kedudukan 16-16 namun, mereka berjaya melakar kemenangan 21-18 dengan tenang.

Apriyani yang masih bergelut dengan kecederaan, memberi peluang kepada Pearly-Thinaah untuk melebarkan mata kepada 15-10 pada set kedua.

Ketika kedudukan 18-15, Pearly mencetuskan cemas seketika apabila mengadu masalah di bahagian lututnya.

Namun, masalah itu tidak menghalang mereka untuk memenangi perlawanan dengan skor 21-19.

Pearly Tan-M Thinaah kini diramal berdepan pilihan nombor satu dari China, Chen Qingchen-Jia Yifan, dalam pusingan seterusnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button