Berita Semasa
Pyan Habib meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Seniman terkenal tanah air, Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyan Habib dilaporkan meninggal dunia, malam tadi.
Berita duka pemergian Allahyarham dikongsi oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi dalam ciapan di aplikasi X.
Menurut Najwan, Allahyarham, 66, telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Hulu Kelang.
Sementara itu, menjengah laman Facebooknya, Allahyarham baru saja menyambut ulang tahun ke-66 pada enam hari yang lalu.