Pegawai terlibat dalam insiden anggota pengiring VVIP dipukul OKU disiasat – KPN
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden seorang anggota pengiring yang didakwa memukul seorang Orang Kurang Upaya (OKU) di ibu negara pada 28 Mei lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah.
“Pegawai-pegawai yang terlibat dalam insiden tersebut akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan bagi memastikan penyiasatan dilakukan secara menyeluruh serta semua pihak yang terlibat dapat memberikan keterangan mereka.
“Keutamaan dalam setiap siasatan adalah untuk memastikan bahawa tiada pelaku yang terlepas daripada tanggungjawab atas perbuatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan tiada sesiapa yang akan terlepas daripada tanggungjawab undang-undang walau apa pun jawatan mereka.
“PDRM komited untuk memelihara integriti dan memastikan bahawa tindakan yang sewajarnya diambil untuk mempertahankan keadilan serta melindungi hak-hak individu yang terjejas, terutamanya golongan OKU,” tambahnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







