BERITA SEMASA

Ismail Sabri mengadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Perkara tersebut dikongsikan Ahli Parlimen Bera itu dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Danga, Johor Bahru, petang semalam.

Beliau berkata, sesi menghadap itu adalah bersempena percutiannya dan keluarga ke Johor Bahru.

Ismail Sabri memaklumkan, sesi menghadap itu amat bermakna apabila dapat mendengar titah pandangan serta nasihat Sultan Johor sambil bertukar buah fikiran.

“Setiap kali ke Johor, menjadi satu kemestian bagi saya menghadap Tuanku Sultan dan sesi menghadap kali ini adalah bersempena percutian saya dan keluarga ke Johor Bahru.

“Peluang menghadap kali ini pastinya bermakna apabila dapat mendengar titah pandangan serta nasihat Tuanku Sultan, sambil bertukar buah fikiran.

 

“Saya mendoakan Duli Tuanku, serta seluruh Kerabat Diraja, sentiasa dilimpah rahmat dan dipayung berkat serta dikurniakan kesihatan juga kesejahteraan,” katanya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button