Berita Semasa

Co-opbank buka cawangan baharu di Jerteh

PUTRAJAYA – Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan cawangan baharunya yang ke-33 di Jerteh, Terengganu.

Pengarah Eksekutif CBP, Datuk Baharom Embi berkata, pembukaan cawangan di Jerteh itu adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat dan sejajar dengan perancangan strategik CBP untuk memperluaskan perniagaan di negeri tersebut.

“Cawangan Jerteh adalah cawangan yang ketiga di Terengganu selepas Kuala Terengganu dan juga Dungun.

“Satu lagi cawangan CBP di Papar, Sabah juga akan turut dibuka dalam masa yang terdekat.

“CBP juga merancang untuk membuka dua lagi cawangan pada suku keempat tahun ini iaitu di Bangi, Selangor dan juga Segamat, Johor,” katanya dalam kenyataan media.

Dalam pada itu, dia berkata pembukaan cawangan ini menunjukkan komitmen CBP untuk mencapai matlamat 36 cawangan di seluruh negara mengikut Pelan Strategik CBP 2022-2026.

Katanya, dengan penambahan cawangan di Terengganu, penduduk setempat dapat memberikan sokongan penuh kepada produk dan perkhidmatan CBP serta memudahkan urusan pelanggan dan pekerja CBP.

Show More

Related Articles

Back to top button