Berita Semasa

Tengku Zafrul bakal bertemu CEO Microsoft

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjalinkan kerjasama dengan Microsoft dalam usaha menjadikan negara ini hab digital ASEAN.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Satya Nadella yang merupakan Pengerusi dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft.

“Bagi mengukuhkan kerjasama ini, Satya Nadella, CEO Microsoft akan ke Malaysia tidak lama lagi,” kata Tengku Zafrul dalam hantaran di laman X miliknya hari ini.

Satya dijadualkan menyampaikan ucaptama mengenai era baharu kecerdasan buatan (AI) di Microsoft Build: AI Day di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 Mac 2024.

 

Show More

Related Articles

Back to top button