JENAYAH & MAHKAMAH

Mamat Exist sekali lagi dituduh miliki, ambil dadah

JOHOR BAHRU – Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Majistret di sini atas dua pertuduhan memiliki serta mengambil dadah pada 2019.

Mamat bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memberi dadah kepada diri sendiri dadah jenis methamphetamine pada jam 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Mamat juga mempunyai kesalahan berulang memberikan dadah kepada diri sendiri pada 2016 dan 2018.

Pendakwaan dibuat di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39C (1) (b) akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil manakala Mamat diwakili peguam Azlina Abdul Aziz.

Bagi pertuduhan kedua, Mamat didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat 0.17 gram pada 8 September 2019 pada jam 11.35 malam di Taman Perling.

Pertuduhan kedua dibuat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaei dan Mamat diwakili peguam sama.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen, peguam mewakili tertuduh memohon anak guamnya dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Fatimah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 22 Februari ini untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button