BERITA SEMASA

Pekerja maut terkena letupan bunga api

PORT DICKSON – Seorang pekerja syarikat pemasangan bunga api maut manakala rakannya parah dalam kejadian letupan bunga api di sebuah hotel, di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed, kejadian berlaku di bahagian bumbung tempat letak kenderaan hotel tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang masing-masing merupakan seorang lelaki, telah ditugaskan memasang bunga api untuk pertunjukan sempena malam ambang tahun baru 2024 di hotel berkenaan.

“Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mereka ditugaskan untuk memasang bunga api bagi pertunjukan sempena malam ambang tahun baru 2024.

“Ekoran kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun meninggal dunia manakala seorang lagi berusia 39 tahun dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan akibat terkena serpihan bahan bunga api yang meletup,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Aidi Sham turut menasihatkan orang awam untuk tidak menviralkan isu ini kerana ia boleh mengganggu siasatan polis.

“Kejadian masih dalam siasatan polis dan diharapkan orang ramai tidak memainkan isu atau menyebabkan salah faham masyarakat.

“Kes sedang disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman video dan gambar memaparkan kejadian letupan beberapa das bunga api di atas bumbung hotel berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button