BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Hotel Courtyard by Marriott Setia Alam rai ulang tahun pertama

SHAH ALAM – Hotel bertaraf empat bintang, Courtyard by Marriott Setia Alam menyambut ulang tahun pertamanya dalam satu majlis yang berlangsung dengan penuh meriah pada Selasa lalu.

Menurut pemilik hotel, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, Pemaju induk Setia Alam, SP Setia, telah melakukan tugas yang sangat baik dalam membangunkan kawasan di sekitar hotel yang dikelilingi oleh bangunan hijau, pusat membeli-belah, dua pusat konvensyen, kawasan kejiranan serta sekolah.

“Satu-satunya perkara yang hilang ialah hotel antarabangsa bertaraf 4 atau 5 bintang untuk menampung peningkatan jumlah pengunjung ke Setia Alam.

“Kami melihat ini sebagai peluang yang baik untuk menambah nilai dan memenuhi keperluan sedia ada, dan dengan itu, Courtyard by Marriott Setia Alam dilahirkan,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis tersebut.

Hadir sama, Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj serta Naib Presiden Marriott International (Putrajaya, Kuala Lumpur), George Varughese.

Dalam pada itu, Pengurus Hotel Courtyard by Marriott Setia Alam, Desmond Loke, berkata, sejak sejak pembukaan hotel pada 1 Disember 2022, hotel tersebut telah merekodkan prestasi yang memberangsangkan dengan kadar penghunian dilihat terus meningkat.

Kata beliau, Courtyard by Marriott Setia Alam akan terus bergerak ke hadapan, sekali gus menantikan setahun lagi dalam menyediakan layanan yang tiada tandingannya serta menjadi destinasi pilihan pelancong dari semasa ke semasa.

“Kami komited untuk terus memberikan pengalaman luar biasa kepada tetamu dalam merasai makanan di sini dan telah merancang untuk bekerjasama dengan chef terkenal bagi memperkenalkan ciptaan kulinari yang inovatif dan menarik.

“Makan malam bertemakan masakan tempatan dan menu bermusim akan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memikat selera anda,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button