JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu kurier maut tersepit dalam nahas tiga lori

TANJUNG MALIM – Seorang pemandu lori kurier maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di susur keluar Tol Slim River arah utara, Slim River, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.56 malam itu, mangsa lelaki berusia 31 tahun memandu lori tiga tan yang membawa muatan kurier.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu turut membabitkan sebuah lori tiga tan membawa muatan sayur dan lori 10 tan yang membawa muatan ikan.

Menurutnya, dua lagi pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Seorang mangsa lelaki berumur 31 tahun iaitu pemandu lori kurier telah tersepit sementara dua pemandu lori lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketua operasi bomba melakukan penilaian menyeluruh kawasan terlibat sebelum mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan sehingga mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button