Teguran generasi ‘strawberi’, Ustaz Badlil Shah terima aduan SISPAA
PETALING JAYA – Teguran mengenai generasi ‘strawberi’ yang disampaikan Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin dalam ceramahnya menyebabkan beliau menerima aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
Beliau mendedahkan, isu itu menyebabkan dirinya perlu memberikan penjelasan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang mengarahkan beliau menjawab aduan berkenaan dalam masa tiga hari.
“Saya tak ada nak cerita hal strawberi, saya jadi menyampah nak cerita, tuan-tuan. Tuan-tuan tahu, saya kena SISPAA tajuk tu?
“Punyalah teruk masyarakat, saya kena jawab. Saya diberi masa tiga hari oleh pihak SUK untuk jawab, kenapa saya ceramah tajuk tu. Malas ceritalah,” katanya dalam satu rakaman video ceramah terbaharu beliau.
Dalam video itu, Dr. Badli Shah meluahkan kekecewaan apabila ceramah yang menyentuh topik generasi ‘strawberi’ itu turut menyebabkan dirinya perlu menjelaskan sebab memilih isu berkenaan.
Perkongsian tersebut menarik perhatian orang ramai di media sosial, dengan pelbagai reaksi ditinggalkan pada ruangan komen.
Sebelum ini, beliau dalam satu ceramah menggelar generasi Z dengan istilah ‘strawberi’ yang disifatkan tidak mempunyai daya tahan dalam mengharungi ujian hidup berbanding generasi terdahulu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
