BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

Malaysia terima kumpulan pertama pesawat FA-50M Jumaat ini

KUALA LUMPUR – Ketibaan kumpulan pertama pesawat pejuang ringan FA-50M Block 20 dari Korea Selatan pada Jumaat ini bakal memperkukuh keupayaan tempur udara negara, khususnya dalam meningkatkan aset pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perolehan pesawat berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan keupayaan ATM dalam mempertahankan ruang udara negara.

“Penerimaan pesawat ini adalah untuk memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pesawat FA-50M itu akan ditempatkan di dua lokasi strategik, iaitu Pangkalan Udara Kuantan di Pahang dan Pangkalan Udara Labuan di Sabah,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, pesawat berkenaan dilengkapi teknologi radar Active Electronically Scanned Array (AESA) serta Sniper Advanced Targeting Pod yang membolehkan pengesanan sasaran dan pelaksanaan serangan berketepatan tinggi.

Malaysia sebelum ini memeterai kontrak bernilai RM4 bilion dengan Korea Aerospace Industries (KAI) pada Mei 2023 bagi mendapatkan 18 pesawat FA-50M.

Penghantaran baki pesawat akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan keseluruhan proses perolehan disasarkan selesai antara Mac hingga Jun 2028.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button