BERITA SEMASA

PRN Melaka: PH pertaruh 21 calon, Adly Zahari pertahan kerusi di Bukit Katil

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan senarai 21 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini, dengan Pengerusi PH Melaka, Datuk Seri Adly Zahari, kembali dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Senarai calon itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan PH membahagikan kerusi kepada tiga parti komponennya iaitu Amanah yang bertanding di lima kerusi, DAP (tujuh) dan PKR (sembilan).

Antara calon yang diketengahkan PKR ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang akan bertanding di DUN Paya Rumput, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir di Klebang serta Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Datuk Ginie Lim di Machap Jaya.

Selain Adly, beberapa calon lain turut disenaraikan bagi mewakili PH di kerusi masing-masing dalam usaha gabungan itu merebut mandat rakyat pada pilihan raya berkenaan.

Berikut senarai penuh calon PH bagi PRN Melaka:

  1. Kuala Linggi – Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah
  2. Tanjung Bidara – Mohd Yunazri Mustamiri
  3. Rembia – Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan
  4. Gadek – Jegasilan K.
  5. Bukit Katil – Datuk Seri Adly Zahari
  6. Machap Jaya – Datuk Ginie Lim Siew Lin
  7. Durian Tunggal – Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
  8. Asahan – P Denesh
  9. Paya Rumput – Datuk Azman Abidin
  10. Klebang – Farzana Hayani Mohd Nasir
  11. Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan
  12. Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
  13. Ayer Molek – Muhammad Hakimin Mokhtar
  14. Kesidang – Seah Shoo Chin
  15. Kota Laksamana – Low Chee Leong
  16. Duyong – Poo Long Suan
  17. Bandar Hilir – Leng Chau Yen
  18. Telok Mas – Kapten (B) Mohamad Jaafar
  19. Rim – Esma Eazreen Husin
  20. Serkam – Muhammad Faiq Azman
  21. Merlimau – Rahayu Hamzah

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button