Wanita tendang kemaluan polis bantuan selepas ditegur
KUALA LUMPUR – Seorang wanita bertindak agresif dengan menendang kemaluan anggota polis bantuan selepas ditegur supaya mengalihkan kenderaannya di Glo Damansara, TTDI, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.38 pagi itu, anggota lelaki berusia 30 tahun berkenaan sedang menjalankan tugas sebelum menegur wanita terbabit yang didakwa meletakkan kereta Hyundai Inokom bertentangan arah serta membunyikan hon kepada kenderaan lain tanpa sebab.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, anggota berkenaan kemudian menghampiri kenderaan itu untuk menegur wanita terbabit dan mengarahkannya mengalihkan kereta.
“Wanita itu bertindak menunjukkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengah sambil memberus gigi sebelum keluar dari kenderaan dan cuba menyerang anggota berkenaan.
“Suspek kemudian keluar dari kenderaan dan cuba menyerang sebelum menendang bahagian kemaluan mangsa,” memetik HM online.
Beliau berkata, mangsa meminta bantuan anggota lain ketika bergelut dengan wanita itu dan cuba menahannya, namun suspek berjaya melarikan diri.
Menurutnya, usaha mengesan wanita terbabit sedang giat dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







