DUN Sarawak dijangka dibubar November, selepas belanjawan negeri – Abdul Karim
KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan pada November depan atau dua minggu selepas Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata belanjawan itu bakal dibentangkan pada persidangan DUN Sarawak akan datang.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak akan membiarkan DUN Sarawak terbubar sendiri pada Februari 2027 apabila mandat berakhir.
“Jarang sekali Menteri Besar, Ketua Menteri dan dalam konteks Sarawak, Premier, akan membiarkan DUN terbubar sendiri. Biasanya, mereka akan memohon pembubaran.
“Jadi apabila kita melihat sekarang Oktober dan seterusnya November dan Disember… tinggal berapa bulan lagi, kita perlu adakan pilihan raya tidak lama lagi.
“Tarikhnya (pembubaran) mungkin pada bila-bila masa pada November depan untuk pembubaran, sama ada selepas bajet Sarawak atau mungkin dua minggu selepas itu,” katanya kepada pemberita pada program Sarawak Women of Tomorrow (SWOT) 2026, di sini, semalam.
Menurut laporan media, persidangan DUN Sarawak akan berlangsung dari 12 hingga 21 Oktober ini. – BERNAMA
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








