
Pendaftaran e-Madani dibuka mulai 4 Disember ini
KUALA LUMPUR – Pendaftaran dan tuntutan kredit program e-Madani sebanyak RM100 kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak akan dibuka mulai 4 Disember hingga 20 Februari 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian e-kredit tunai secara one off itu akan dilaksanakan menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan masing-masing.
“Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Madani akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-Dompet pilihan pengguna,” katanya.
Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi program itu yang diumum semasa peluncuran ekonomi madani, Julai lalu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara, di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













