BERITA SEMASA

Laluan MRT Putrajaya masih terganggu, kerja pembaikan sedang dijalankan

KUALA LUMPUR – Kerja pembaikan bekalan kuasa susulan kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen MRT Taman Equine sedang giat dijalankan bagi memulihkan operasi perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya.

Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma masih diteruskan bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan.

Sebanyak lapan bas turut disediakan sebagai sokongan tambahan bagi melancarkan pergerakan penumpang sepanjang kerja pembaikan berkenaan.

“Penumpang dinasihatkan untuk menjangkakan masa menunggu dan perjalanan yang lebih panjang serta merancang perjalanan lebih awal,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga : Kecurian kabel ganggu operasi MRT Laluan Putrajaya – Rapid KL

Bagi penumpang yang menuju ke Sepang menerusi perkhidmatan ERL di Putrajaya Sentral, Rapid KL menasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif melalui Stesen ERL KL Sentral atau Stesen ERL Bandar Tasik Selatan.

Dalam pada itu, petugas stesen dan Polis Bantuan ditempatkan di stesen serta hentian bas bagi membantu menguruskan pergerakan penumpang.

Rapid KL berkata, maklumat terkini mengenai status perkhidmatan akan disalurkan dari semasa ke semasa menerusi saluran media sosial rasmi Rapid KL.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button