
Poster Coldplay: Fahmi Fadzil mahu saman pihak fitnah dirinya
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang memfitnah dirinya dengan memuat naik satu grafik poster berhubung isu penganjuran konsert Coldplay.
Fahmi berkata, hantaran grafik yang mengaitkan gambarnya itu mempunyai unsur fitnah dan berbeza dengan konteks sebenar.
Beliau berkata, tindakan itu akan dibuat terhadap Gerakan Pengundi Sedar menerusi barisan peguamnya.
“Ia mendakwa konon saya mengucapkan ‘Alhamdulillah, konsert itu berjalan dengan baik’, walhal tuduhan ini bersifat fitnah malah berniat jahat.
““Ia lari daripada apa yang saya sebut sendiri dan saya akan minta peguam untuk teliti pihak yang membuat infografik berkenaan sebelum diambil tindakan undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas Kongres PKR 2023 di sini.

Menurut Fahmi, fakta sebenar berkenaan perkara itu juga telah dipesongkan sehingga menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat.
“Mereka memesongkan fakta dan dalam kes ini juga ada pihak-pihak tertentu dengan motif mereka yang tertentu telah pesongkan kenyataan yang saya buat.
“Jawapan itu saya jawab menerusi soalan seorang wartawan, dan ia sangat jelas dalam laporan berita tersebut jadi saya beri peringatan kepada para netizen.
“Kalau nak buat grafik janganlah sehingga memfitnah menimbulkan satu rasa benci terhadap individu termasuklah diri saya jadi kita akan ambil tindakan undang-undang dalam isu ini,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







