AGAMABERITA SEMASA

Mufti Wilayah ingatkan umat Islam jangan terpengaruh ajaran diragui

KUALA LUMPUR – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha, gerakan atau penyebaran fahaman yang cuba menggugat dan merosakkan pegangan akidah umat Islam di negara ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, JMWP memandang serius sebarang bentuk penyelewengan akidah yang menyimpang daripada ketetapan al-Quran dan al-Sunnah, Ijmak Ulama serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan umat Islam di Malaysia.

“JMWP memandang serius sebarang bentuk penyelewengan akidah yang menyimpang daripada ketetapan al-Quran dan al-Sunnah, Ijmak Ulama serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan umat Islam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa sama, Ahmad Fauwaz berkata, umat Islam perlu sentiasa berpegang teguh kepada fatwa yang sudah diputuskan berkaitan pegangan akidah serta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang ajaran yang diragui kesahihannya.

“Masyarakat diingatkan supaya merujuk sebarang kemusykilan berkaitan akidah kepada badan agama yang berautoriti dan tidak bertindak secara melulu sehingga boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam serta keharmonian sejagat,” katanya.

Beliau berkata, JMWP turut akan sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam membanteras sebarang tindakan yang boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

“Akidah yang sahih adalah tunjang kekuatan umat dan memeliharanya menjadi tanggungjawab bersama,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button