Hamas bebaskan 17 lagi tebusan selepas tujuh jam penangguhan
GAZA – Hamas membebaskan 13 lagi tawanan Israel dan empat warga Thailand kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) selepas penangguhan tujuh jam susulan dakwaan Israel telah melanggar syarat-syarat gencatan senjata.
Penangguhan pusingan kedua pembebasan tawanan itu diselesaikan melalui pengantara Qatar dan Mesir semalam, iaitu hari kedua gencatan senjata antara Hamas dengan Israel.
Susulan pembebasan itu, Israel dijangka akan membebaskan 39 lagi tahanan Palestin dari tahanan rejim Zionis itu.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar, Majed al-Ansari berkata, 13 warga Israel dan empat warga asing telah diserahkan kepada ICRC.
“Israel telah menyiarkan pembebasan 17 tebusan itu di aplikasi X.
“Mereka dalam perjalanan ke sempadan Rafah yang melintasi selatan Gaza dan Mesir sebelum pergi ke Israel.
“Selepas menjalani penilaian kesihatan awal, mereka akan terus diiringi oleh askar Israel menuju ke hospital Israel, di mana mereka akan bersatu semula dengan keluarga mereka,” katanya melalui X.
Pada Jumaat lalu, Hamas membebaskan 24 terdiri daripada 13 rakyat Israel, 10 Thailand dan seorang Filipina.
Israel pula membebaskan 39 tahanan Palestin selepas gencatan senjata Israel-Hamas selama empat hari yang dirunding oleh Qatar berkuat kuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








