JENAYAH & MAHKAMAH

PGA rampas 225kg beras seludup di Tumpat

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 225 kilogram beras bernilai RM950 yang dipercayai cuba diseludup menggunakan perahu di Pengkalan Haram Nibong, di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira jam 4.20 petang selepas anggota mengesan longgokan guni mencurigakan di tebing sungai.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati guni berkenaan mengandungi 200 kilogram beras cap basikal dan 25 kilogram beras pulut cap angsa emas.

“Siasatan awal mendapati beras berkenaan dibawa menggunakan perahu, namun ditinggalkan di tebing sungai selepas pihak terbabit menyedari kehadiran anggota rondaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button