Tindakan senior mahu hukum junior dipercayai motif kejadian
SEREMBAN – Insiden kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, semalam dipercayai berpunca daripada tindakan senior yang mahu menghukum pelajar junior yang didakwa melanggar peraturan asrama.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perkara itu dikenal pasti selepas pihaknya melakukan siasatan awal berhubung kes kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun, lapor Kosmo.
“Bagaimanapun punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan,” katanya, hari ini.
Setakat ini polis merekodkan keterangan 21 individu terdiri daripada pelajar, guru sekolah dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Remaja itu yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






