BERITA SEMASA

Orang Asli ejen agenda anti rasuah

'Pemimpin komuniti, benteng integriti'

ROMPIN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang terus memperkukuh kesedaran antirasuah dengan menjadikan pemimpin masyarakat Orang Asli sebagai ejen utama penyebaran agenda integriti.

Melalui Kursus “1 Kampung, 1 Pemimpin” anjuran JAKOA Rompin, seramai 65 peserta daripada barisan JPKKOA hadir bagi mendalami peranan kepimpinan berintegriti dalam komuniti.

Program turut diisi dengan ceramah bertajuk “Kepimpinan Berintegriti, Komuniti Sejahtera: Peranan Pemimpin Masyarakat Dalam Mencegah Rasuah” disampaikan oleh PPs Siti Halimatus Saadiah, Ketua Cawangan Siasatan Integriti Badan Awam SPRM Pahang.

Beliau menekankan, pemimpin masyarakat bukan sekadar penggerak komuniti, tetapi juga teladan integriti yang berani menolak rasuah dan salah guna kuasa.

Peranan Pemimpin Orang Asli sebagai penghubung komuniti selain menjadi jambatan antara masyarakat dan agensi kerajaan. Pemimpin Orang Asli juga diminta menunjukkan contoh serta teladan kepada anak buah dengan kepimpinan yang beramanah, beretika dan telus.

Pemimpin Orang Asli juga seharusnya menjadi benteng dengan menolak sebarang bentuk salah guna kuasa yang menjejaskan kepentingan masyarakat.

Sesi ceramah berlangsung secara interaktif dan turut memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan serta mendapatkan penjelasan mengenai isu integriti.

Respon positif dan penglibatan aktif peserta membuktikan kesediaan komuniti Orang Asli untuk menjadi rakan strategik SPRM dalam usaha pencegahan rasuah.

Agenda Antirasuah Melalui Komuniti Program sebegini bukan sahaja memperluas pendidikan antirasuah, tetapi juga memperkasakan pemimpin Orang Asli sebagai ejen integriti.

Dengan pendekatan “1 Kampung, 1 Pemimpin”, setiap komuniti dibentuk agar lebih beramanah, bertanggungjawab dan sejahtera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button