BERITA SEMASA

Terperangkap kepala air, bomba selamatkan 14 individu termasuk kanak-kanak

HULU SELANGOR – Seramai 14 individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan bomba selepas terperangkap di tengah Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, susulan kejadian kepala air petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.03 petang.

Menurutnya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama sebuah jentera kemudian digerakkan ke lokasi.

ā€œKomander Operasi melaporkan seramai 14 individu terperangkap di tengah sungai, terdiri daripada 13 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.

ā€œAnggota bertugas kemudian dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali bagi menjalankan operasi menyelamat menggunakan teknik ā€˜river crossing’,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari tengah sungai dan diselamatkan ke tebing dalam keadaan selamat.

Operasi menyelamat kemudian ditamatkan selepas semua mangsa berjaya dikeluarkan dari kawasan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button