BERITA SEMASA

Pemandu lori didenda RM30,000 edar gambar, video lucah menerusi WhatsApp

SEREMBAN – Seorang pemandu lori didenda keseluruhan RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan mengedar gambar dan video lucah menerusi aplikasi WhatsApp pada Mac 2023.

Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman denda RM6,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Suhaimi Yusof, 50, atau berdepan hukuman penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara tidak wajar dengan menghantar tiga keping gambar dan dua rakaman video lucah kepada individu lain dengan niat mengganggu penerima.

Perbuatan itu dilakukan pada Mac 2023 dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketika menjatuhkan hukuman, mahkamah turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mempertimbangkan kesan baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu tindakan, khususnya melibatkan penggunaan platform digital.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pengarah/Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Mohamad Farhan Kamarudin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button