SPRM reman bekas pengurus besar disyaki salah guna kuasa
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor mereman seorang bekas pengurus besar sebuah syarikat pegangan pelaburan hartanah kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan faedah dan ganjaran perkhidmatan.
Perintah reman selama dua hari sehingga 11 September 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi.
Terdahulu, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.
Siasatan awal mendapati, suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2025 ketika menjawat jawatan Pengurus Besar di syarikat tersebut.
Suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk urusan kenaikan pangkat, pelarasan gaji serta pemberian bonus yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







