Berita Semasa

‘Polis sudah tahu siapa Mr. H’

KAJANG – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff sudah mendedahkan identiti ‘Mr. H’ kepada pihak polis, hari ini.

Beliau berkata, sekarang terserah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya sudah berjumpa dengan pegawai penyiasat. Sudah selesai diambil keterangan, saya sudah beri keterangan.

“Saya sudah dedahkan siapa Mr H dan itu untuk siasatan pihak polis seterusnya,” kata Mohammad Agus, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa beliau turut membuat satu laporan polis terhadap satu video di platform Tiktok yang didakwa dimuat naik oleh blogger, Raja Petra.

Sebelum ini, Dr Mohammad Agus dipanggil bagi dirakam keterangan berkenaan video bualan lucah didakwa antara beliau dengan seorang lelaki didakwa pegawai J-KOM.

Video tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Show More

Related Articles

Back to top button