BERITA SEMASA

Pengarah hospital di Sabah dipindahkan susulan dakwaan gangguan seksual

PUTRAJAYA – Seorang pengarah hospital di Sabah dipindahkan susulan siasatan dalaman berhubung dakwaan gangguan seksual.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, individu itu dipindahkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan ditempatkan sebagai pegawai perubatan sementara menunggu tindakan lanjut, lapor UM Online.

“Secara pentadbiran, KKM (Kementerian Kesihatan) sudah menyelesaikan siasatan dalaman. Antara tindakan yang diambil ialah memindahkan pengarah terbabit ke jawatan pegawai perubatan di bahagian perubatan JKN Sabah.

“Mangsa juga diberikan sokongan sepenuhnya dan rawatan psikiatri serta ditempatkan semula dalam persekitaran kerja yang lebih selamat,” katanya.

Beliau menambah, laporan rasmi JKNS juga sudah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut gred pegawai terbabit untuk tindakan selanjutnya berdasarkan bidang kuasa dan autoriti agensi berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button