Menara Merdeka 118 dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank
KUALA LUMPUR – Menara Merdeka 118 kini dikenali secara rasmi sebagai Menara Merdeka Maybank, selaras dengan perpindahan ibu pejabat Malayan Banking Bhd (Maybank) ke bangunan mercu tanda berkenaan.
Maybank dalam satu kenyataan memaklumkan alamat berdaftar baharu ibu pejabatnya ialah di Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.
Seiring dengan penjenamaan semula itu, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank turut dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua nama baharu bangunan berkenaan berkuat kuasa mulai 28 Julai.
Maybank turut memaklumkan Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi di Menara Tun Perak sehingga diberitahu kelak.
Katanya, penjenamaan semula itu tidak menjejaskan pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan berkenaan dan semua urusan serta perkhidmatan perbankan akan diteruskan seperti biasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















