BISNES & EKONOMI

Kadar faedah, inflasi pacu pergerakan pasaran forex

KUALA LUMPUR – Dasar monetari yang ditetapkan bank pusat kekal menjadi pemacu utama pergerakan pasaran tukaran asing (forex), dengan keputusan berkaitan kadar faedah, inflasi dan prospek pertumbuhan ekonomi memberi kesan langsung terhadap nilai mata wang di peringkat global.

Menurut JustMarkets dalam satu kenyataan hari ini, pemahaman mengenai dasar bank pusat kini bukan lagi terhad kepada pelabur institusi, sebaliknya menjadi keperluan kepada pedagang runcit bagi membantu mereka menjangka pergerakan mata wang serta mengurus risiko dalam persekitaran pasaran yang semakin dipengaruhi faktor makroekonomi.

“Memahami dasar bank pusat bukan lagi sekadar untuk pemain institusi. Dalam pasaran yang saling berkait pada masa kini, pedagang biasa perlu memahami faktor-faktor pemacu makroekonomi ini bagi menjangka pergerakan mata wang dan mengurus risiko dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

JustMarkets berkata, perbezaan dasar monetari antara bank pusat atau policy divergence merupakan antara faktor utama yang membentuk trend pasaran forex.

Sebagai contoh, apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedah manakala Bank Pusat Eropah (ECB) mengekalkan pendirian dasar yang longgar, dolar Amerika Syarikat (AS) lazimnya mengukuh berbanding euro berikutan aliran modal ke arah instrumen kewangan yang menawarkan pulangan lebih tinggi.

Related Articles

Menurutnya, impak dasar monetari turut berbeza mengikut pasangan mata wang utama.

EUR/USD sensitif terhadap perbezaan dasar antara Fed dan ECB, manakala USD/JPY dipengaruhi jurang dasar antara Fed dan Bank of Japan (BoJ).

Pada masa sama, GBP/USD turut dipengaruhi dasar Bank of England (BoE) serta prestasi ekonomi United Kingdom, sementara AUD/USD bergerak mengikut sentimen pasaran, hasil bon dan permintaan komoditi, manakala USD/CHF dipengaruhi perbezaan dasar monetari serta aliran modal ke aset selamat.

Justeru, JustMarkets berkata, pedagang tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada keputusan kadar faedah semata-mata, sebaliknya perlu menilai jangkaan pasaran, nada kenyataan bank pusat, unjuran inflasi dan pertumbuhan ekonomi serta pergerakan hasil bon bagi memperoleh gambaran lebih tepat mengenai hala tuju pasaran.

Menurutnya, pengumuman dasar bank pusat lazimnya mencetuskan volatiliti tinggi, termasuk peningkatan spread dan pergerakan harga yang pantas, dengan pedagang jangka pendek cenderung memanfaatkan reaksi segera pasaran, manakala pelabur jangka sederhana lebih memilih menunggu pengesahan arah aliran selepas fasa turun naik awal reda.

JustMarkets merupakan broker dagangan dalam talian global yang menawarkan perkhidmatan dagangan forex dan kontrak untuk perbezaan (CFD) merentasi pelbagai kelas aset.

Penafian: Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat kewangan atau pelaburan. Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi serta mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan mendapatkan nasihat profesional jika perlu sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Berdaganglah secara bertanggungjawab.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button