HIBURAN

Slip disc kembali menyerang, Nabila Huda batal semua perancangan

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nabila Huda Suhaimi memaklumkan masalah slip disc yang dihidapinya kembali menyerang sehingga memaksanya membatalkan semua perancangan dan berehat sepenuhnya di rumah.

Nabila, 41, berkata, kesakitan pada tulang belakang itu menyebabkan pergerakannya terbatas dan dia hanya mampu berbaring sepanjang hari.

Menurutnya, dia sebelum ini merancang untuk melakukan beberapa aktiviti termasuk bersenam di gimnasium, keluar makan dan menguruskan kerja rumah, namun terpaksa membatalkannya akibat keadaan kesihatannya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, anak penyanyi Datuk Amy Search itu berkata, serangan slip disc berlaku ketika dia sedang bercuti dan tidak lagi mampu bergerak seperti biasa.

“Masa hari cuti inilah slip disc menyerang. Orang sudah rancang aktiviti hari ini. Hendak pergi gimnasium, pergi restoran Ben’s, memasak dan basuh pakaian.

“Sekarang hanya mampu baring sahaja, tak boleh bergerak,” katanya menerusi perkongsian di platform Threads.

Dalam hantaran berasingan di Insta Story, Nabila mengakui keadaan itu berpunca daripada kecuaiannya sendiri kerana terlalu memaksa diri melakukan kerja berat selain mengabaikan sesi fisioterapi yang dijadualkan.

“Ini yang berlaku apabila saya terlebih menggunakan badan saya.

“Saya degil, melakukan kerja berat, mengabaikan sesi fisioterapi, tidak mengendahkan amaran dan sekarang, slip disc kembali menyerang,” ujarnya.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang mendoakan agar pelakon filem Rahsia itu segera sembuh dan kembali menjalani rutin hariannya.

Pada Disember tahun lalu, Nabila mendedahkan dia disahkan mengalami slip disc pada bahagian L5 tulang belakang selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Ketika itu, dia memaklumkan terpaksa menangguhkan cuti sakit bagi meneruskan komitmen dalam pementasan Teater Muzikal Masmoona.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button