Berita Semasa

Sultan Johor akan ditabal sebagai YDPA Januari hadapan

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-raja dalam Mesyuaratnya Yang Ke-263 (Khas) bersetuju mengisytiharkan Sultan Johor, Sultan lbrahim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lima tahun.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Dainal, baginda akan menaiki takhta mulai 31 Januari tahun hadapan.

“Majlis Raja-raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, mesyuarat khas itu dipengerusikan oleh Sultan Terengganu dan dihadiri oleh semua raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan.

“Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga
Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

“Perdana Menteri juga telah dimaklumkan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button