
Ringgit lemah disebabkan Federal Reserve Amerika Syarikat secara agresif tingkatkan kadar faedah – PM
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nilai ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) adalah disebabkan tindakan Federal Reserve Amerika Syarikat yang secara agresif meningkatkan kadar faedah mata wang itu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama mahasiswa dan rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir.
Beliau berkata, keadaan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia tetapi juga kepada negara Asia lain.
“Saya turut menjawab mengenai kedudukan ringgit yang kini tercabar parah akibat tindakan Federal Reserve Amerika Syarikat yang secara agresif meningkatkan kadar faedah yang turut mengesankan matawang renmimbi China dan yen Jepun.
“Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas telah diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi, dan Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh,” katanya dalam satu kenyataan dalam laman rasmi Facebooknya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau juga mengambil peluang itu untuk mencerakinkan usaha dan tumpuan kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia serta langkah-langkah yang telah diambil.
Anwar menegaskan, Malaysia mesti kebah daripada penyakit rasuah dan kegagalan menegakkan tatakelola, dan tatanan ini mesti dilonjakkan ke tahap yang lebih baik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








