JENAYAH & MAHKAMAH

Kes langgar lari: Pemandu Perodua Kembara diburu polis

KUALA LUMPUR – Pihak polis sedang giat mengesan pemandu sebuah Perodua Kembara yang terlibat dalam kes memandu secara berbahaya, melanggar dua buah kenderaan lain, sebelum melarikan diri di Lebuhraya Persekutuan pada 20 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan selepas pihaknya mengesan video kejadian yang tular di media sosial pada pukul 7.45 malam tadi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 6.10 petang, melibatkan sebuah Perodua Kembara dipandu seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur.

“Setiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai memandu secara berbahaya sehingga melanggar sebuah kereta dan sebuah motosikal.

“Selepas kemalangan itu, pemandu terbabit melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Sunway untuk mendapatkan rawatan.

“Polis masih mengesan pemandu terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Kumaran Murugaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerusi talian 03-7966 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button