Dua beradik maut MPV bertembung kereta
MARAN – Dua beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan kereta di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Jengka 19, semalam.
Mangsa yang maut dalam kejadian pada pukul 7.25 malam itu adalah pemandu MPV, Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, dan adiknya, Dinie Nasuha Noor, 19, dari Gau, Temerloh.
Menurut Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV dalam perjalanan dari arah Bandar Jengka ke Temerloh memasuki lorong kanan ketika memotong sebuah motosikal.
“Berikutan itu, MPV berkenaan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan dua beradik terbabit maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit dilaporkan parah.
Katanya, jasad dua beradik itu kemudiannya dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat.
“Pemandu kereta pula dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








