JENAYAH & MAHKAMAH

MC palsu, jururawat antara lima direman bantu siasatan

PEKAN – Seorang jururawat dan empat lagi individu direman antara tiga hingga empat hari bagi membantu siasatan kes menjual dan membeli sijil cuti sakit (MC) palsu di daerah ini.

Perintah reman terhadap lima suspek membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 30 hingga 55 tahun itu dibenarkan Majistret Melody Woon Sze Mun.

Terdahulu, kesemua suspek berjaya ditahan di lokasi berasingan antara pukul 3 petang hingga 10 semalam, semalam

Difahamkan, selain orang tengah dan jururawat terbabit, polis turut menahan seorang individu yang dipercayai pembeli salah satu sijil cuti sakit palsu berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Laporan media sebelum ini menyebut, polis menahan tiga individu kerana disyaki menjual sijil cuti sakit palsu menggunakan nama seorang pegawai perubatan kerajaan.

Siasatan mendapati, sijil cuti sakit itu menggunakan nama, cop dan tandatangan seorang pegawai perubatan, namun doktor terbabit tidak lagi bertugas di fasiliti kerajaan berkenaan sejak 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button