KPM, MMU dan Huawei Malaysia jalin kerjasama perkukuh pendidikan TVET-AI
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memeterai kerjasama strategik menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Multimedia dan Huawei Technologies hari ini bagi memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dalam Kecerdasan Buatan (TVET-AI) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif TVET-AI itu akan dilaksanakan bermula tahun ini melibatkan lima SBP terpilih sebelum diperluaskan ke lebih banyak sekolah pada masa hadapan.
“Kerjasama ini mencerminkan komitmen KPM dalam memastikan agenda reformasi pendidikan terus diperkasa melalui gabungan kecemerlangan akademik dan kemahiran teknikal masa hadapan menerusi integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Langkah strategik ini memberi nilai tambah signifikan kepada usaha kementerian untuk meningkatkan kebolehpasaran murid melalui penyediaan sijil profesional Huawei Certified ICT Associate – Artificial Intelligence (HCIA-AI) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata kenyataan itu.
KPM berkata, prakarsa TVET-AI tersebut juga selaras dengan agenda Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) dan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat masa hadapan, pengukuhan ekosistem pendidikan TVET serta kerjasama strategik antara industri dan institusi akademik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








