
PRN Johor: Anwar akan bertemu Zahid bincang keputusan bertanding solo
JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung pendirian perikatan masing-masing untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Beliau yang juga Presiden PKR berkata, beliau berharap rundingan itu akan berjalan dengan baik demi kebaikan kedua-dua belah pihak.
“Saya masih harap, walaupun pengumuman sudah dibuat. Saya akan berjumpa Presiden UMNO, saya (akan) kata rundinglah baik-baik, nak rebut apa?
“Di mana yang silap kita tak diberi tolongnya?. Saya tak kira, saya tolong semua. Jadi kalau berebut ni di bawah, bergaduh. Jadi carilah (penyelesaian) yang terbaik,” katanya.
Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Negeri Johor di Dewan Terbuka Program Perumahan Rakyat (PPR) Tan Desa Mutiara, di sini hari ini.
Dalam majlis sama, Anwar turut mengingatkan pemimpin parti supaya sentiasa turun padang dan bukan apabila menjelang pilihan raya sahaja.
Katanya, pemimpin perlu ikhlas dan tidak hanya turun padang berebut untuk membantu rakyat ketika musim pilihan raya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








