Lubnan: 13 lagi maut di Nabatieh, angka korban cecah 380 sejak gencatan senjata
LUBNAN – Seramai 13 individu terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di selatan Lubnan, semalam.
Serangan di bandar Nabatieh itu turut mengorbankan dua petugas penyelamat serta seorang mangsa yang cuba diselamatkan dalam operasi bantuan tersebut, lapor AFP.
Sejak gencatan senjata dikuatkuasakan, Israel mendakwa telah membedil lebih 1,100 lokasi Hezbollah di Lubnan dan berjaya membunuh lebih 350 anggota kumpulan tersebut menerusi operasi berkenaan.
Menerusi kenyataan di media sosial, tentera rejim memaklumkan bahawa serangan udara mereka memusnahkan bangunan, depot senjata, dan pelbagai kemudahan infrastruktur milik Hezbollah di Lubnan.
Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, seramai 380 orang terbunuh dalam serangan Israel yang semakin dipertingkatkan sejak gencatan senjata berkuat kuasa 17 April lalu.
Ketua Hezbollah, Naim Qassem, turut berikrar untuk menjadikan medan perang sebagai neraka buat tentera Israel.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








