LUAR NEGARA

Empat termasuk 2 kanak-kanak maut kereta dirempuh kereta api

SEMARANG – Empat termasuk dua kanak-kanak berusia dua dan 10 tahun, maut dalam nahas membabitkan kereta api yang merempuh sebuah kereta di Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah, semalam.

Laporan AFP yang memetik kenyataan pegawai polis trafik tempatan, Eko Ari Kisworo berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu kereta tidak menyedari kereta api yang menghampiri lintasan susulan keadaan berkabus tebal.

Beliau memberitahu, kereta api berkenaan kemudiannya merempuh kenderaan yang membawa sembilan penumpang itu sebelum tercampak kira-kira 20 meter lalu melanggar tiang serta terbalik ke dalam sawah.

“Empat penumpang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang lagi berusia 10 tahun, disahkan maut, manakala pemandu serta penumpang lain cedera,” katanya.

Nahas berlaku beberapa hari selepas sebuah kereta api jarak jauh merempuh gerabak terakhir khas wanita tren komuter yang berhenti berhampiran stesen Bekasi Timur di Jawa Barat, Isnin lepas.

Insiden itu mengorbankan 16 wanita serta mencederakan sekurang-kurangnya 90 orang.

Setakat 29 April lalu, 44 mangsa cedera sudah dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button