Punca kematian peguam veteran, pembantu pejabat akibat terhidu asap
GEORGETOWN – Keputusan bedah siasat ke atas jasad peguam veteran, Datuk G San Markan dan pembantu pejabat, Chandra Binwani Jiwatram yang meninggal dunia dalam satu kebakaran di sebuah firma guaman di Lebuh King, di sini semalam, adalah akibat terhidu asap.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini hari ini.
BACA JUGA:
Peguam veteran ditemukan maut dalam kebakaran
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Punca kebakaran masih disiasat oleh Pasukan Siasatan Forensik JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Pulau Pinang,” katanya, hari ini.
Laporan media semalam menyebut, mendiang San Markan, 88, dan kerani pejabat berkenaan, mendiang Chandra, 60 ditemukan meninggal dunia dalam satu kebakaran di sebuah firma guaman.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata, jasad San Markan ditemukan di atas kerusi berhampiran tingkap dan dinding pada pukul 1.05 petang.
Manakala mangsa kedua seorang wanita, Chandra ditemukan di bawah timbunan fail di tepi dinding pada pukul 3.26 petang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








