HIBURAN

Nelydia Senrose umum hamil anak sulung, hadiah istimewa ulang tahun perkahwinan ke-7

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nelydia Senrose berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil cahaya mata pertama, sekali gus menjadikan ulang tahun ketujuh perkahwinannya sebagai detik paling bermakna.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia menerusi satu hantaran di Instagram semalam.

Lebih istimewa, pengumuman tersebut dibuat bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid menerusi sebuah video sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

“Seven beautiful years of loving each other have turned into a heartbeat. Happy 7th Anniversary to us,” coretnya.

Perkongsian berkenaan turut dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang sekian lama menantikan berita tersebut.

Antara yang meninggalkan komen ialah pelakon Kamal Adli yang menulis:

“Alhamdulillah, syukur. Allah sambut doa korang. Moga dipermudahkan.”

Turut menzahirkan ucapan ialah Hannah Delisha dengan komen:

“Masya-Allah. Alhamdulillah, Nely. Semoga dipermudahkan segala urusan.”

Hantaran itu setakat ini menerima lebih 145,000 tanda suka dan ribuan komen daripada pengikutnya.

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button