Struktur fi lesen biobahan api dikekalkan, sokong daya saing industri
PUTRAJAYA – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memutuskan untuk tidak menaikkan struktur fi lesen biobahan api bagi aktiviti yang dilesenkan di bawah Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pelesenan) 2008.
Perkara itu diumumkan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika mengadakan pertemuan dengan Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) dalam satu majlis, baru-baru ini.
“Keputusan mengekalkan struktur fi ini dimuktamadkan setelah pihak kementerian meneliti dan memperhalusi cadangan balas serta maklum balas terperinci yang telah dikemukakan oleh wakil-wakil industri, khususnya daripada Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA).
“Kerajaan sentiasa mengambil maklum dan amat memahami keluhan yang disuarakan oleh pihak industri, terutamanya berhubung cabaran bebanan kos operasi masa kini serta pelbagai caj pelesenan sedia ada.
“Pihak kementerian amat menghargai kerjasama erat serta maklum balas berterusan yang diberikan oleh penggiat industri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Noraini, keputusan untuk mengekalkan kadar fi itu jelas mencerminkan keprihatinan dan komitmen teguh kerajaan dalam memastikan kelangsungan operasi perniagaan, di samping memelihara dan memperkasakan daya saing industri biodiesel negara di pasaran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















