Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak, dua pengiring cedera
NARATHIWAT – Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen kawasan itu, Kamolsak Leewamo ditembak dalam satu serangan awal pagi tadi di Narathiwat, sejurus beliau pulang dari sidang Parlimen di Bangkok.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Kamolsak dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Ketua Polis Bacho, Wisan Rakmak berkata, dua pegawai pengiring Ahli Parlimen berkenaan bagaimanapun cedera dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Menurut beliau, mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang ke kediamannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai selepas menghadiri proses pengundian perdana menteri baharu.
“Siasatan awal mendapati empat lelaki dipercayai telah menunggu mangsa di hadapan kediamannya sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan rasmi beliau,” memetik Awani online.
Tambahnya, kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih sejurus selepas serangan.
“Polis sedang meneliti rakaman CCTV bagi menjejaki suspek, selain akan mengambil keterangan daripada mangsa dalam masa terdekat,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















