42 tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran 10 rumah
MIRI – Seramai 42 mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran membabitkan 10 rumah di Kampung Pasir, Simpang 4 Lutong, awal pagi tadi.
Pegawai Bomba Kanan II, Edwin Siba berkata, daripada jumlah itu, sembilan rumah yang terbakar merupakan kediaman berpenghuni manakala sebuah lagi adalah rumah kosong.
“Kebakaran ini membabitkan sembilan rumah berpenghuni dan sebuah rumah kosong, menyebabkan seramai 42 mangsa hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, seramai 24 anggota bomba bersama enam jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dikerahkan ke lokasi bagi memadam kebakaran.
Operasi itu turut mendapat bantuan lima anggota Polis Diraja Malaysia bagi mengawal keadaan di lokasi kejadian.
Tambahnya, api berjaya dikawal selepas beberapa jam operasi dijalankan tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








