LUAR NEGARA

Mojtaba Khamenei masih dalam keadaan koma?

TEHRAN – Pemimpin tertinggi Iran yang baharu, Mojtaba Khamenei, didakwa berada dalam keadaan koma susulan serangan udara oleh rejim zionis dan Amerika Syarikat (AS) 28 Februari lalu.

Laporan The Sun yang memetik sumber berkata, anak lelaki Ayatollah Ali Khamenei yang berusia 56 tahun itu kehilangan sekurang-kurangnya sebelah kaki dan turut mengalami kerosakan perut atau hati yang serius.

Menurut sumber berkenaan, Mojtaba kini berada dalam rawatan rapi di Hospital Universiti Sina di kawasan bersejarah bandar itu selepas sebahagian bangunan ditutup rapat dan dikelilingi oleh kawalan keselamatan yang ketat.

Menurut The Sun, sumber tersebut bukan ahli perubatan tetapi mengenali pasukan trauma hospital berkenaan dan dia diberitahu bahawa Mojtaba berada dalam keadaan ‘sangat serius (kritikal)’ di bawah jagaan Mohammad Reza Zafargjani.

Zafargjani merupakan Menteri Kesihatan, Rawatan dan Pendidikan Perubatan Iran dan juga salah seorang pakar bedah trauma terkemuka di negara berkenaan.

Difahamkan, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dilaporkan telah melawat Hospital Sina dua hari lalu dengan ditemani Dr Zafarghandi, malah spekulasi menyusul bahawa Pezeshkian secara rahsia melawat Mojtaba dan diberi taklimat sepenuhnya mengenai keadaannya.

Keselamatan di hospital dikatakan sangat ketat, dengan akses ke unit rawatan rapi hanya terhad kepada segelintir individu yang dibenarkan.

Sementara itu, satu sumber lain melaporkan bahawa Mojtaba sama sekali tidak menyedari perang yang sedang berlangsung, kematian ahli keluarga termasuk isteri dan anak lelakinya dan juga pemilihannya sendiri sebagai Pemimpin Tertinggi Iran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button