Selepas rumah diceroboh, tiga kereta Cikgu Chandra dibakar
KUALA LUMPUR – Tiga kereta milik seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Chandra dibakar awal pagi tadi, dipercayai dilakukan sebagai ugutan atas kelantangan bersuara lelaki itu berhubung isu sensitif sebelum ini.
Menurut perkongsian pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di Threads, kejadian itu berlaku pada pagi ini selepas rumah mangsa di Puchong dicerobohi dan cermin keretanya dipecahkan dalam kejadian semalam.
“Petang tadi (semalam), tiga buah kereta dengan beberapa lelaki memakai topeng penuh dan bersenjatakan parang cuba membunuh Cikgu Chandra.
“Awal pagi tadi, sekitar jam 3 lebih, mereka membakar ketiga-tiga buah kereta Cikgu Chandra. Mujur polis dan bomba sampai cepat untuk memadamkan api dan mengawal keadaan,” ujarnya pada Selasa.
Serangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang pendakwah bebas, Zamri Vinoth, diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.
Cikgu Chandra sebelum ini lantang menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu pencerobohan tanah untuk pembinaan kuil.
Sehubungan itu, Firdaus Wong yang juga antara aktivis yang lantang dalam isu sama menegaskan supaya mereka yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan segera.
“Kita tidak boleh biarkan pelampau begini berleluasa. Ini negara hukum.
“Hukum penghasut dan pelampau dengan segera sebelum tindakan mereka membakar negara,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







