JENAYAH & MAHKAMAH

6 pelajar terlibat kes buli, londeh seluar dibebaskan dengan jaminan polis

PASIR MAS – Enam pelajar lelaki Tingkatan Empat di sebuah sekolah di sini yang ditahan reman berhubung kes buli, minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata ia sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.

“Tempoh tahanan reman untuk enam pelajar itu berakhir hari ini dan kita bebaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya memetik laporan BH online.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan enam pelajar Tingkatan Empat selepas memukul dan melondehkan seluar mangsa lelaki Tingkatan Tiga sehingga cedera.

Semua mereka ditahan Selasa lalu iaitu sehari selepas kejadian buli dan semua mereka ditahan reman enam hari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button