BERITA SEMASA

51 laporan kegiatan ajaran sesat diterima pada 2022 – 2023

23 pengikut daripada tiga kumpulan berbeza ditahan dalam dua tahun ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 pengamal ajaran sesat dari tiga kumpulan berbeza telah ditahan dalam tempoh dua tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 51 laporan berhubung kegiatan ajaran sesat turut diterima pada 2022 dan tahun ini yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Jumlah tangkapan ini membabitkan Tarekat Habib Shah (20 tangkapan) dan masing-masing satu ajaran Ilmu Akhir Zaman, Nur Mutiara Mutmainnah dan Suhaini @ Sihulk,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Razarudin berkata, Gerakan Millah Abraham @ Ibrahim dan ajaran Suhaini @ Sihulk merupakan antara tujuh ajaran kumpulan sesat yang sedang dipantau rapi pihak polis.

Selebihnya adalah kumpulan Tarekat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir, Nur Mutiara Mutmainnah dan The Ahmad Religion Of Peace And Light.

Razarudin menambah, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak menyebarkan ajaran sesat mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Mereka akan diambil tindakan jika mengeluarkan kenyataan boleh mendatangkan kegusaran awam, suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan boleh memudaratkan tahap keselamatan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button