Berita Semasa

D’Jue Wellness bantu pesakit diabetes guna kaedah rawatan alternatif

SHAH ALAM – Walaupun menghadapi pelbagai cabaran ketika mula menceburi bidang perniagaan, namun wanita ini berjaya bangkit semula dengan kejayaan yang dikecapi hari ini.

Dugaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr. Jue yang juga pemilik pusat rawatan kesihatan alternatif, D’Jue Wellness.

Menurut anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu, pada mulanya, beliau bergantung pendapatan dengan Poliklinik Penawar miliknya untuk menampung kehidupan.

Namun, kemunculan klinik-klinik baharu bagai cendawan tumbuh selepas hujan mengakibatkan pendapatan klinik juga merudum.

Tambah Dr. Jue, beliau juga hanya menanti pesakit datang ke klinik tanpa strategi pemasaran yang baik dan meletakan caj yang rendah kepada pesakit.

Bercerita mengenai pembukaan D’Jue Wellness, beliau mengesahkan mengalami penyakit autoimmune yang memerlukan dirinya menerima rawatan perubatan dan mengalami simptom sampingan.

“Doktor menyarankan agar saya mengambil beberapa jenis ubat termasuk cytotoxic dan steroid bagi merawat penyakit saya. Selepas setahun saya makan ubat-ubat tersebut, tubuh saya mula menunjukkan kesan sampingan.

“Antara kesan sampingan yang saya hadapi ialah masalah bengkak hati, gastrik, obesiti, penyakit diabetic type 2, allergic rhinitis, refluks gastroesofageal (GERD), migrain dan rolapse dics yang teruk,” katanya lagi.

Akhirnya, Dr. Jue mengambil keputusan untuk berhenti dari mengambil semua ubat-ubatan.

Tindakan itu menyebabkan penyakit dihidapi semakin teruk sehingga menyukarkan Dr Jue untuk berjalan dan terpaksa di tolak dengan kerusi roda.

Semasa memikirkan penyelesaian tentang penyakit yang di hadapi, Dr Jue belajar tentang perubatan functional iaitu perubatan holistik untuk merawat setiap penyakit kronik dengan melihat semua punca dan akar umbinya.

Melalui pengalaman sendiri, Dr. Jue menggunakan cara yang sama untuk merawat pesakitnya.

Jelasnya lagi, beliau mengamalkan proses ‘cut sugar‘ iaitu elakkan memakan apa sahaja makanan dan minuman manis sambil mengamalkan puasa 16 jam (intermitten fasting) disamping pemakanan sihat dan senaman.

Tambahnya, bermula dengan membuat siaran secara ‘live’ di facebook rasminya berkenaan kesedaran kesihatan, ramai pengikutnya meminta beliau membuat seminar kesihatan.

Terkini, beliau aktif membuat siaran live di TikTok disamping pelbagai seminar kesihatan seluruh negara.

“Saya bermula pada tahun 2018, dan kini telah membantu hampir 4,000 orang pesakit diabetes dan pelbagai penyakit lain dengan mengamalkan konsep berpuasa dan elakkan gula.

“Ramai antara pesakit yang mengikuti modul rawatan ini telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai mentor perniagaan, beliau menjelaskan menerima bimbingan dari RichWorks dan Dr Azizan Osman.

Katanya, bimbingan bertepatan dengan keperluan perniagaan termasuk soal pengurusan dan pematuhan dalam perniagaan sangat membantu dalam memperkenalkan lagi pusat D’Jue Wellness.

Hasilnya, beliau berjaya membuka tiga cawangan D’Jue Wellness Centre, pusat rawatan integrasi untuk pesakit kronik seperti diabetes, selain menjadi pusat rawatan alternatif dan hub jualan produk kesihatan bagi pesakit memerlukan modifikasi diet.

“Kini saya mempunyai lebih 30 pekerja berbanding dahulu 3 orang sahaja” katanya.

Membantu pesakit diabetes tahap 4 empat

Ustaz Wan Hamidi bin Wan Mat, seorang pesakit diabetes berkongsi pengalamannya dalam merawat penyakit kroniknya tanpa perlu bergantung kepada ubat dan insulin.

Katanya, dia telah mengalami pelbagai komplikasi akibat diabetes, termasuk serangan jantung, strok, masalah mata, serta kerosakan saraf pada kaki dan tangan.

“Saya mula menghidap diabetes disebabkan faktor genetik. Ayah, datuk nenek saya semua ada diabetes, jadi ia mungkin tidak dapat dielakkan.

“Saya telah bertahun-tahun mengambil ubat, insulin, malah pernah menjalani pelbagai rawatan di hospital kerana komplikasi daripada penyakit ini,” katanya.

Keadaan Ustaz Wan Hamidi semakin memburuk apabila beliau diserang COVID-19 pada waktu pandemik, yang menyebabkan beliau hampir ditidurkan akibat komplikasi serius.

Setelah mengalami serangan jantung, menjalani rawatan belon jantung, dan mengalami masalah mata yang memerlukan rawatan berulang kali, Ustaz Wan Hamidi mendapati tiada penyelesaian jangka panjang untuk masalahnya.

Namun, segalanya berubah apabila beliau bertemu dengan Dr. Jue dari D’Jue Wellness.

“Saya pada mulanya ragu-ragu apabila Dr. Jue menyarankan agar saya berhenti mengambil insulin. Namun, setelah melalui sesi kaunseling dan memahami bagaimana diabetes berlaku serta cara mengawalnya, saya mula mengikuti nasihat beliau,” tambahnya.

Dr. Jue mencadangkan Ustaz Wan Hamidi mengikuti protokol kesihatan yang ketat, termasuk berpuasa, mengurangkan gula, mengelakkan protein haiwan, dan mengamalkan protein tumbuhan.

Selain itu, Dr. Jue juga mengesyorkan kaedah memasak nasi dicampur minyak kelapa dara lalu menyimpan nasi dalam peti ais selama 12 jam sebelum dimakan.

“Selepas mengikuti protokol tersebut, saya berhenti mengambil segala ubat dan insulin sepenuhnya. Bacaan gula darah saya yang dahulunya tinggi, kini berada pada tahap normal, malah doktor terkejut dengan perubahan ini,” katanya.

Dalam masa sebulan, bacaan HbA1c Ustaz Wan Hamidi turun kepada 5.7, satu pencapaian yang mengagumkan.

Dengan pendekatan yang inovatif dan berkesan ini, D’Jue Wellness terus memberikan harapan baru kepada pesakit-pesakit diabetes dan penyakit kronik lain.

Show More

Related Articles

Back to top button